Kriminalitas & Keamanan di sekitar anda
-
Wanita maut, dua parah selepas lori rempuh kereta rosak di Km 284.4 PLUS
Seorang wanita berusia 32 tahun maut manakala kakaknya dan seorang penunggang motosikal parah selepas kereta Perodua Axia yang rosak di Kilometer 284.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dirempuh sebuah lori. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran Nilai dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-
JIM tahan 173 warga asing di tapak projek hangar Sepang
Kuala Lumpur: Tindakan majikan menggajikan pekerja asing menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) milik syarikat lain terbongkar, selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah tapak pembinaan hangar di Sepang, hari ini.
-
Polis cari waris lelaki tanpa identiti ditemui dalam ruang tayar pesawat di KLIA2
Kuala Lumpur: Polis meminta bantuan orang ramai, waris atau ahli keluarga yang mempunyai orang hilang sejak 19 Ogos lalu untuk menghubungi pihak berkuasa itu, susulan kejadian penemuan mayat lelaki di ruang tayar pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
-
Polis Selangor rampas dadah RM31.53 juta, tahan 14 orang
Polis Selangor mematahkan enam sindiket dadah dalam tujuh serbuan di KLIA, Segambut, Kajang dan Sepang antara 19 hingga 26 Ogos. Rampasan bernilai RM31.53 juta itu termasuk 135.4 kg bunga ganja dan 117.54 kg MDMA, dengan 14 individu ditahan.
- Anda yang nampak dahulu Ada sesuatu berlaku berhampiran anda? Kongsikan. Jalan ditutup, pasar malam berpindah, paip pecah, haiwan hilang — kongsikan di kawasan anda. Kongsikan sesuatu berhampiran →
-
77 warga asing ditahan dalam Operasi Mahir di Nilai
Seremban: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menahan 77 pendatang atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam Operasi Mahir di dua premis perindustrian Nilai, di sini, semalam.