Apa yang berlaku di sekitar anda
-
Lapan pasukan berentap dalam lumba perahu kolek di Sungai Kelantan
Lapan pasukan menyertai perlumbaan perahu kolek sempena Hari Malaysia di tebing Sungai Kelantan, Laman Warisan Kampung Laut, Tumpat. Pertandingan membabitkan 64 peserta dari komuniti kampung sekitar termasuk gugusan pulau di pinggir sungai. Acara anjuran Majlis Daerah Tumpat dengan kerjasama Tourism Kelantan itu menyaksikan beberapa perahu terbalik dalam keseronokan penonton.
-
Elephant from Kampung Kolam relocated to Royal Belum
A male elephant that wandered into Kampung Kolam, Ajil, Hulu Terengganu last week was captured and relocated to Royal Belum State Park this morning. The operation involved 24 personnel from Terengganu Perhilitan and the National Elephant Conservation Centre in Kuala Gandah, with two trained elephants assisting. More than 1,000 residents gathered to watch the relocation.
-
Warga emas nyanyuk hilang seminggu di Kuala Krai, penduduk terus cari
Seorang warga emas berusia 74 tahun, Fauzi Deris, hilang sejak Rabu minggu lalu selepas tidak pulang ke rumah di Ladang Kuala Pertang, Kuala Krai, Kelantan. Penduduk beberapa kampung meneruskan operasi mencari dan menyelamat, manakala pihak masjid mengadakan solat hajat.
-
Ibu di Besut rawat dialisis tiga kali seminggu, tetap jaga anak OKU
BESUT: Seorang ibu enam anak cekal menjaga anaknya yang mengalami gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD), meskipun dirinya terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu akibat kegagalan buah pinggang tahap lima. Normahera Kholid, 39, yang turut menghidap empat sakit kronik termasuk darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung berkata, anaknya, Muhammad Iffat Anaqi Abdullah, 6, disahkan ...
- Anda yang nampak dahulu Ada sesuatu berlaku berhampiran anda? Kongsikan. Jalan ditutup, pasar malam berpindah, paip pecah, haiwan hilang — kongsikan di kawasan anda. Kongsikan sesuatu berhampiran →
-
Guru SK Pulat menang RISE Educator Award 2026
Muhammad Hafizu Aiman Jusoh dari Sekolah Kebangsaan Pulat di Gua Musang, Kelantan, memenangi RISE Educator Award 2026 anjuran Taylor's College. Beliau menerima RM5,000 manakala SK Pulat menerima geran RM50,000 untuk inisiatif Rumah Belajar Tanpa Loceng yang memberi ruang pembelajaran 24 jam kepada komuniti Orang Asli Temiar di Pos Pulat.
-
KPKM: padi muda punca kadar pemutuan 46.2 peratus di Kilang Beras Bukit Kenak
KUALA LUMPUR: Kandungan biji padi muda atau hijau yang tinggi menjadi faktor utama menyumbang kepada kadar pemutuan 46.2 peratus di Kilang Beras BERNAS (KBB) Bukit Kenak, Terengganu, yang mencetuskan perhatian selepas tular di media sosial baru-baru ini.
-
Three tonnes of catfish spill onto road in Besut after lorry hits hump
BESUT: Members of the public rallied to help collect three tonnes of African catfish that had spilt onto a road near a secondary school in Kampung Padang Luas here yesterday, saving the fish from certain death.
- JANM pilih SK Belimbing sebagai sekolah angkat MADANI 2026
-
Dua lori bertembung di Sungai Sok, Kuala Krai; seorang maut, dua cedera
Kemalangan membabitkan dua lori berlaku di Sungai Sok, Kuala Krai, Kelantan hari ini, mengorbankan seorang lelaki berusia 29 tahun manakala dua lagi cedera. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.02 petang dan tiba di lokasi 27 minit kemudian. Ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam lori sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai.
-
18 motosikal disita, empat ditahan dalam operasi samseng jalanan di Ipoh
Polis daerah Ipoh bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak menjalankan Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Pasir Puteh dekat Station 18, Ipoh, awal pagi tadi. Seramai 18 motosikal disita dan empat individu ditahan kerana menunggang secara melulu, manakala 416 saman trafik dikeluarkan. Operasi melibatkan 66 pegawai dan anggota PDRM serta sukarelawan polis.
-
30 inmates at Machang Rehabilitation Centre join tahfiz programme
MACHANG: Thirty inmates at Machang Rehabilitation Centre are taking part in a structured tahfiz programme, with two having completed memorising all 30 juzuk of the Quran and another two expected to do so by year-end.
-
Suami Dr Ainul Baraah ucap terima kasih atas bantuan urus jenazah
Suami Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Kelantan atas bantuan menguruskan jenazah isterinya. Jenazah Dr Ainul Baraah, salah seorang daripada lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Baram, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper selepas solat jenazah di Masjid Al Karomah Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa.
-
Pemuda Pasir Puteh hasil patung wayang kulit, terima tempahan seluruh negara
Pasir Puteh: Minat mendalam terhadap persembahan seni wayang kulit sejak kecil mendorong Muhammad Airell Amsyar Anuar, 19, menghasilkan pelbagai karakter patung wayang kulit.
-
Al-Quran tulisan tangan hampir 200 tahun milik datuk Idris Jusoh dipamer di Masjid Kayu Besut
Besut: Senaskhah al-Quran berusia hampir 200 tahun dipamerkan di Masjid Ulul Albab atau lebih dikenali sebagai Masjid Kayu, Seberang Jertih, di sini.
-
RM1.2 juta untuk lima projek Kampung Angkat MADANI di Besut
Kuala Lumpur: Peruntukan sebanyak RM1.2 juta disalurkan bagi melaksanakan lima projek pembangunan di bawah Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Ekonomi Tahun 2025 di Kampung Pinang Besut, Terengganu.
-
PGA tahan lori bawa 10 tan beras seludup di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am menahan sebuah lori bermuatan 10 tan beras dipercayai diseludup dari Thailand di tepi jalan Kampung Banggol Kuin, Pasir Mas, awal pagi tadi. Pemandu warga tempatan berusia 37 tahun gagal mengemukakan dokumen dan beras bernilai kira-kira RM40,000 itu dirampas untuk siasatan di bawah Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994.
-
Warga emas nyanyuk hilang di Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai
Seorang warga emas berusia 74 tahun yang mengalami masalah nyanyuk dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai, Kelantan, petang semalam. Penduduk kampung memulakan operasi mencari dan menyelamat sejak malam tadi, dan operasi disambung pagi ini dengan bantuan pasukan keselamatan. Polis Daerah Kuala Krai mengesahkan menerima laporan kehilangan tersebut.
-
PGA rampas 383 batang kayu, tiga mesin di kilang Besut
Kuala Terengganu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 383 batang kayu hutan dan tiga mesin ‘band saw’ dengan nilai keseluruhan RM338,300 dalam serbuan ke atas sebuah kilang kayu di Gong Tengah, Besut, kelmarin.