당신 주변의 범죄 & 안전
-
Wanita maut, dua parah selepas lori rempuh kereta rosak di Km 284.4 PLUS
Seorang wanita berusia 32 tahun maut manakala kakaknya dan seorang penunggang motosikal parah selepas kereta Perodua Axia yang rosak di Kilometer 284.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dirempuh sebuah lori. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran Nilai dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-
Dua maut, seorang cedera dalam kemalangan dua lori di Jalan Simpang Pulai
Dua lelaki berusia 40 dan 35 tahun maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran Ipoh malam tadi. Seorang mangsa berusia 42 tahun yang terperangkap dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.
-
JPV Perak rampas 15 lembu hidup dalam serbuan di Simpang Pulai
IPOH: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak mematahkan cubaan memindahkan 15 ekor lembu hidup tanpa kebenaran di Kampung Pawong, Simpang Pulai, semalam. Serbuan oleh Bahagian Penguatkuasa Veterinar Negeri Perak sekita pukul 10.30 malam itu dilakukan hasil risikan terhadap sebuah lori yang dikesan berhenti di tepi jalan berhampiran simpang masuk Kampung Pawong. Timbalan Pengarah JPV Perak, Dr. ...
-
Hujan lebih sejam, Medan Gopeng dan Sungai Rokam dilanda banjir kilat
IPOH: Hujan lebat lebih sejam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat lewat petang tadi.
- 가장 먼저 보셨네요 근처에서 무슨 일이 있나요? 올려주세요. 도로 통제, 야시장 이전, 수도관 파열, 잃어버린 반려동물 — 근처에 공유하세요. 근처 소식 올리기 →
-
Warga India ditahan pandu lori tanpa lesen di Rawang
Sungai Buloh: Seorang warga India mengaku sudah dua tahun memandu kenderaan berat walaupun tiada lesen memandu dan dokumen pekerjaan sah selepas ditahan menerusi Ops Kenderaan Perdagangan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), di sekitar Rawang, di sini, hari ini.
-
SPRM Perak tahan dua lagi suspek sindiket dokumen hak milik kenderaan palsu
Suspek terdiri daripada pemilik syarikat dan broker kereta ditahan semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Perak.
-
Penjaga stor di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan cabul pekerja kedai
Seorang penjaga stor berusia 23 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas dua tuduhan mencabul dan mengaibkan kehormatan seorang pekerja kedai serbaneka berusia 19 tahun. Kejadian didakwa berlaku di sebuah kedai di Panorama Lapangan Perdana pada 24 Ogos lalu. Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dan sebutan semula pada 22 Oktober.
-
Pemilik restoran sizzling di Taiping didenda RM18,000 kerana guna kalimah Allah dan Muhammad tanpa sijil halal
IPOH: Seorang pemilik sebuah restoran “sizzling” didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping hari ini selepas mengaku bersalah meletakkan kalimah “Allah” dan “Muhammad” di dalam premis tersebut.
- Lorry driver killed by falling rock at Keramat Pulai quarry
-
MACC gets four more days to remand five vehicle transfer forgery suspects in Ipoh
IPOH: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has obtained a four-day remand extension for five people believed to have acted as middlemen for a syndicate that falsified vehicle ownership transfer documents and allegedly bribed enforcement officers in Perak.
-
이포에서 도로 갱단 단속 작전 중 오토바이 18대 압수, 4명 체포
Polis daerah Ipoh bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak menjalankan Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Pasir Puteh dekat Station 18, Ipoh, awal pagi tadi. Seramai 18 motosikal disita dan empat individu ditahan kerana menunggang secara melulu, manakala 416 saman trafik dikeluarkan. Operasi melibatkan 66 pegawai dan anggota PDRM serta sukarelawan polis.
-
Bomba, 2km 구릉길 뚫고 Bukit Perak Cave Temple에서 네팔인 시신 수습
IPOH: Pasukan bomba terpaksa meredah laluan berbukit sejauh dua kilometer untuk membawa turun mayat seorang lelaki warga Nepal yang ditemukan tergantung pada sebatang pokok di puncak Bukit Perak Cave Temple di Jalan Kuala Kangsar, di sini hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan ...
-
310 kes curi kabel, vandalisme telekomunikasi dilaporkan di Perak
TAIPING: Sebanyak 310 kes kecurian kabel dan vandalisme membabitkan rangkaian telekomunikasi dilaporkan di Perak dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
-
Pelancong Jerman maut terjatuh di Gunung Jasar, Cameron Highlands
Seorang pelancong Jerman berusia 58 tahun maut selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands hari ini. Mangsa terjatuh di kawasan lurah berhampiran puncak dan mayatnya dibawa turun melalui cerun berbahaya dalam operasi yang mengambil masa hampir tiga jam ketika hujan lebat.
-
Mayat lelaki hilang di Sungai Perak ditemui 4km dari lokasi
IPOH: Lelaki yang hilang ketika cuba menyelamatkan bot miliknya daripada hanyut di Sungai Perak semalam, disahkan maut selepas mayatnya ditemui hari ini.
- Klinik Desa Sumpitan dan kuarters di Lenggong musnah dalam kebakaran
-
Wanita Malaysia ditahan di New Delhi, 15kg ganja dirampas
Seorang wanita Malaysia berusia 22 tahun dari Perak ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi pada 4 September selepas 30 bungkusan plastik mengandungi ganja seberat lebih 15kg ditemui dalam beg trolinya. Suspek yang tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Batik Air OD205 mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kini ditahan pihak berkuasa India.
-
Tiga lelaki ditahan, ekskavator curi di Kampung Sumpitan dirampas
Polis menahan tiga lelaki disyaki mencuri sebuah ekskavator di Kampung Sumpitan, Lenggong. Suspek berusia 29 hingga 66 tahun ditahan dalam dua serbuan di Ipoh dan Gerik. Polis turut merampas jentera ekskavator Mitsubishi ES110 dan sebuah telefon bimbit.