당신 주변에서 무슨 일이 일어나고 있나요
-
Warga emas nyanyuk hilang di Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai
Seorang warga emas berusia 74 tahun yang mengalami masalah nyanyuk dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai, Kelantan, petang semalam. Penduduk kampung memulakan operasi mencari dan menyelamat sejak malam tadi, dan operasi disambung pagi ini dengan bantuan pasukan keselamatan. Polis Daerah Kuala Krai mengesahkan menerima laporan kehilangan tersebut.
-
PGA rampas 383 batang kayu, tiga mesin di kilang Besut
Kuala Terengganu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 383 batang kayu hutan dan tiga mesin ‘band saw’ dengan nilai keseluruhan RM338,300 dalam serbuan ke atas sebuah kilang kayu di Gong Tengah, Besut, kelmarin.