Berita Strategi & Peluasan Korporat di Malaysia
-
MAG bina fasiliti katering baharu berhampiran KLIA, sasar operasi 2029
Malaysia Aviation Group (MAG) akan membangunkan fasiliti katering baharu berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui unitnya, MAG Culinary Solutions. Fasiliti itu disasarkan siap pada suku keempat 2028 dan mula beroperasi pada suku kedua 2029, dengan kapasiti pengeluaran kira-kira 50,000 hidangan sehari. Kerja tanah telah bermula pada Julai 2026 selepas mendapat kelulusan daripada CAAM dan MIDA.
-
Anak syarikat Kee Ming menang subkontrak RM40j untuk gudang di Pulau Pinang, Selangor
Unit Kumpulan Kee Ming telah memperoleh dua subkontrak bernilai RM40 juta untuk kerja mekanikal dan elektrik di projek industri di Pulau Pinang dan Selangor. Projek untuk gudang di Kawasan Perindustrian Valdor dan Taman Perdagangan Elmina dijangka siap pada 2027.