Berita Kerja Pembinaan & Naik Taraf di Academy Badminton Malaysia Abm In Bukit Kiara Kuala Lumpur
-
Citaglobal raih subkontrak RM82.1 juta bina kolej kediaman IPG Lembah Pantai
Citaglobal Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Citaglobal Land Sdn Bhd, menerima subkontrak reka bentuk dan bina bernilai RM82.1 juta daripada Purnama Base Sdn Bhd. Projek itu membabitkan pembinaan kolej kediaman di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, dan dijadualkan siap pada 30 Jun 2028. Kontrak 22 bulan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan.