Berita Penipuan & Scam di Alor Mengkudu
-
Pengarah syarikat pembekal baja direman kes lambat agih Baja 3 di Kedah
Pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja direman sehingga 16 September selepas ditahan SPRM berhubung kelewatan pengagihan Baja 3 kepada pesawah di Kedah. Siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 membabitkan kekurangan 282,360 guni baja daripada 616,015 guni yang sepatutnya dihantar kepada kira-kira 60,000 pesawah di kawasan MADA.