Apa yang berlaku di sekeliling anda
-
Faith muncul wira Penang di Hang Jebat
Penang FC menewaskan Melaka FC 1-0 pada saingan Pusingan 16 Piala FA di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. Import Nigeria, Obilor Faith Friday menjaringkan gol tunggal perlawanan, manakala sepakan penalti Kpah Sherman pada masa tambahan gagal.
-
Melaka FC yakin hadapi Penang FC di Piala FA
Melaka FC akan menentang Penang FC dalam saingan Piala FA di Stadium Hang Jebat malam esok. Pasukan itu yakin selepas mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super kelmarin.
-
Mengamuk dalam asrama, penghuni Tunas Bakti mengaku rosakkan harta
Seorang penghuni Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh berusia 18 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan khianat kerana merosakkan harta di asrama sekolah di Ayer Keroh. Mahkamah Majistret memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor Bahru untuk penilaian psikiatri sebelum hukuman dijatuhkan.