Berita Penipuan & Scam di Bahagian Serian Sarawak
-
Warga emas di Kuching rugi RM161,400 ditipu tawaran tender palsu
Seorang warga emas berusia 62 tahun di Kuching mengalami kerugian RM161,400 selepas terpedaya dengan tawaran tender palsu untuk membekalkan barang kepada JPSPN Cawangan Sri Aman. Mangsa membuat empat transaksi wang ke dua akaun bank berbeza antara 11 hingga 19 Ogos sebelum menyedari dirinya ditipu. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-
Bekas pengurus bank dipenjara, didenda RM40J kerana pengubahan wang haram, penipuan
Seorang bekas pengurus perhubungan bank di Kuching dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM40 juta selepas mengaku bersalah terhadap 24 pertuduhan menipu dan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM1.5 juta.