Berita Program Kerajaan di Bahagian Serian Sarawak
-
Timbalan menteri galak belia Sarawak rebut peluang kepimpinan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, menggalakkan belia Sarawak untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan lebih aktif dalam kepimpinan. Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Kemahiran Memimpin Peringkat Negeri Sarawak di Auditorium Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kota Samarahan. Seramai 34 peserta dari institusi pengajian tinggi sekitar Kuching dan Samarahan serta kelab belia menghadiri kursus tersebut.