Berita Kemalangan & Gangguan di Baram
-
Video lambaian terakhir petugas FDS sebelum helikopter terhempas di Baram tular
Rakaman video tular menunjukkan lambaian terakhir petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) dari tingkap helikopter kepada penduduk pedalaman Baram, Sarawak sebelum pesawat itu terhempas Selasa lalu. Helikopter BO-105 milik Layang-Layang Aerospace terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, mengorbankan juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham serta empat petugas kesihatan.