Berita Olahraga / Larian di Batu 20
-
Taufiq atasi Fahmi dalam Merdeka Run di Balai Berita
Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari mengalahkan Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil dalam Oxyenergy Media Prima Merdeka Run di Balai Berita, Kuala Lumpur. Kira-kira 1,500 peserta menyertai kategori 3km dan 5km, termasuk kategori khas untuk orang kurang upaya. Taufiq menawarkan perlawanan semula kepada Fahmi dan berkata acara sebegini menggalakkan gaya hidup sihat serta perpaduan negara.
-
Atlet kayak UPSI Syahida Asyiqin Olahragawati SUKIPT 2026, cipta rekod kebangsaan
Syahida Asyiqin Rusli dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan sebagai Olahragawati SUKIPT 2026 yang berlangsung di Universiti Malaya. Beliau meraih pingat emas dalam acara TK1 200m wanita dan mencipta rekod kebangsaan baharu dengan catatan 56.30 saat pada pusingan kelayakan.