Apa yang berlaku di sekeliling anda
-
Kelindan lori direman tiga hari kerana disyaki intai anak tiri mandi
Seorang kelindan lori berusia 26 tahun direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membantu siasatan dakwaan mengintai anak tirinya yang berusia 12 tahun sedang mandi. Kejadian dipercayai berlaku pada 6.40 pagi Rabu lalu di sebuah rumah di Batu Pahat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(3)(a) AKKSTKK 2017.
-
Keluarga nafi anjing yang serang Haira milik datuk mangsa
Keluarga seorang kanak-kanak perempuan yang diserang anjing liar di Peserai, Batu Pahat menafikan dakwaan bahawa haiwan itu milik datuk mangsa. Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. NGO Malaysian Dogs Deserve Better mendakwa mempunyai maklumat pemilik anjing terbabit dan akan membuat laporan polis.