Berita Amaran Keselamatan Awam di Betong Sarawak
-
ADUN Stakan mahu setiap JKKK sediakan alat pemadam api
ADUN Stakan Datuk Hamzah Brahim mencadangkan supaya setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di kawasannya diwajibkan menyediakan alat pemadam api di lokasi yang ditetapkan. Berucap selepas program Bomba Komuniti di Dewan Perpaduan Stakan, Taman Samarindah, beliau berkata peruntukan tahunan JKKK boleh dialihkan daripada aktiviti kurang penting untuk membeli peralatan itu. Beliau menyatakan terdapat kira-kira 18 JKKK di kawasan padat penduduk itu.