Berita Infrastruktur Utiliti & Tenaga di Borneo Convention Centre Kuching Bcck
-
Jerip mahu sistem air Bengoh diperluas ke lebih banyak kampung di Mambong
Ahli Dewan Undangan Negeri Mambong Datuk Dr Jerip Susil meminta sistem rawatan air berskala kecil di Kampung Bengoh diperluas ke kampung lain dalam kawasan itu, termasuk Kampung Petag, Kampung Sitang dan Kampung Bangau. Katanya, sistem yang mengambil air dari kawasan hilir Empangan Bengoh itu mempunyai kapasiti lebihan yang boleh digunakan untuk membantu kawasan bertekanan air rendah pada musim kering. Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri sedang merangka langkah jangka pendek bagi menangani kekurangan air di Betong, sebahagian Serian dan Miri.