Berita Alam Sekitar di Bukit Sapi
-
Pulau Pinang wajibkan ladang babi Kampung Selamat hantar sisa ke loji biogas
Kerajaan Pulau Pinang mewajibkan semua ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor menghantar sisa kumbahan ke loji biogas di Ampang Jajar sejak Mei lalu bagi menangani pencemaran. Pemantauan mingguan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mendapati tiada ladang membuang sisa terus ke parit atau sungai. Kerajaan negeri juga bercadang membersihkan mendapan di parit selepas proses pembersihan sisa lama selesai.
-
Kecederaan kaki Sulong semakin pulih
PERHILITAN melaporkan kecederaan pada kaki kanan gajah liar 'Sulong' menunjukkan perkembangan positif selepas rawatan. Gajah itu ditangkap berhampiran Gerik, Perak, dan telah dipindahkan ke habitat semula jadi yang lebih selamat di Taman Negara Terengganu melalui Tasik Kenyir.