Berita Infrastruktur Pengangkutan di Crown Tower Selangor
-
Persimpangan Jalan Syed Putra-Jalan Istana ditutup berperingkat mulai 14 Sept untuk kerja NPE 2
Persimpangan Jalan Syed Putra dan Jalan Istana di Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat mulai 14 September, antara 10 malam hingga 5 pagi, bagi kerja awal Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baru (NPE 2). New Pantai Expressway Sdn Bhd menasihatkan pemandu merancang perjalanan dan mematuhi langkah pengurusan trafik.
-
Jalan Sultan Azlan Shah ditutup 322 hari untuk kerja LRT Mutiara
MRT Corp memaklumkan Jalan Sultan Azlan Shah di George Town akan melalui lencongan trafik selama 322 hari mulai 12 September 2026 hingga 31 Julai 2027 bagi kerja cerucuk dan struktur untuk projek LRT Mutiara. Jalan Magazine juga akan ditutup sementara mulai 10 malam 14 September hingga 5 pagi 5 Oktober untuk pelebaran jalan dan pemindahan utiliti.