Berita Pasaran & Kewangan di Crown Tower Selangor
-
Wanita jual gelang emas RM2,000 selepas 20 tahun, dapat RM17,900
Seorang wanita di Petaling Jaya menjual gelang emas 35 gram yang dibelinya kira-kira RM2,000 dua puluh tahun lalu dengan harga RM17,900. Hasnah Deraman, 54, berkata kenaikan harga emas memberi keuntungan hampir RM16,000 berbanding harga asal. Beliau menasihatkan wanita supaya membeli emas mengikut kemampuan sebagai simpanan jangka panjang.