Berita Kerajaan & Dasar di Dewan Kampung Sampat
-
Sarawak sasar pendapatan isi rumah RM15,000 sebulan menjelang 2030
Sarawak menyasarkan pendapatan isi rumah purata meningkat kepada RM15,000 sebulan menjelang 2030, berbanding kira-kira RM6,900 kini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata sasaran itu memerlukan usaha bersama semua pihak dan disampaikan pada Majlis Penyampaian Insentif Pendidikan Daerah Sebuyau di Dewan Kampung Sampat, Sebuyau.