Berita Perumahan Mampu Milik di Georgetown
-
LPNPP: Pengosongan PPR Taman Manggis langkah akhir selepas proses penuh
Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) menegaskan tindakan pengosongan unit di PPR Taman Manggis, Georgetown adalah langkah terakhir selepas pelbagai proses semakan dan libat urus. Tindakan itu diambil terhadap penyewa yang melanggar syarat seperti memiliki hartanah lain atau pendapatan melebihi had kelayakan. LPNPP juga menafikan tiada alternatif ditawarkan, dengan mencadangkan skim Sewa Beli (RTO) kepada penghuni yang layak.