Berita Jenayah & Keselamatan di Gerik
-
Mayat lelaki hilang di Sungai Perak ditemui 4km dari lokasi
Seorang lelaki berusia 38 tahun yang hilang ketika cuba menyelamatkan botnya yang hanyut di Sungai Perak telah ditemui maut. Mayat Ahmad Zaki Elias dijumpai terapung kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian oleh Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak.
-
Klinik Desa Sumpitan dan kuarters di Lenggong musnah dalam kebakaran
Sebuah bangunan Klinik Desa Sumpitan dan sebuah kuarters di Kampung Sumpitan dekat Lenggong, Perak terbakar awal pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak menerima panggilan pada 4.04 pagi dan api berjaya dikawal sepenuhnya menjelang 6.24 pagi. Tiada mangsa dilaporkan terlibat, namun sebuah kereta Proton Preve turut terbakar.
-
Tiga lelaki ditahan, ekskavator curi di Lenggong dirampas
Polis menahan tiga lelaki disyaki mencuri sebuah ekskavator di Kampung Sumpitan, Lenggong. Suspek berusia 29 hingga 66 tahun ditahan dalam dua serbuan di Ipoh dan Gerik. Polis turut merampas jentera ekskavator Mitsubishi ES110 dan sebuah telefon bimbit.
-
Malim gunung utamakan keselesaan pendaki cilik, 9, dalam ekspedisi Trans Gerah
Malim gunung Shafiee Sidek, 49, berkata keadaan Ahmad Raef, 9, pendaki termuda dalam ekspedisi Gunung Trans Gerah, menjadi keutamaan kumpulan apabila mereka terpaksa mengambil masa lebih 10 hari untuk keluar dari hutan. Kumpulan enam pendaki itu selamat dibawa keluar dari Pos Kemar, Gerik, pagi tadi.