Berita Aktiviti Penguatkuasaan Undang-Undang di Gong Tengah Besut Terengganu
-
PGA tahan lori bawa 10 tan beras seludup di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am menahan sebuah lori bermuatan 10 tan beras dipercayai diseludup dari Thailand di tepi jalan Kampung Banggol Kuin, Pasir Mas, awal pagi tadi. Pemandu warga tempatan berusia 37 tahun gagal mengemukakan dokumen dan beras bernilai kira-kira RM40,000 itu dirampas untuk siasatan di bawah Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994.
-
PGA rampas 383 batang kayu, tiga mesin di kilang Besut
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menyerbu sebuah kilang kayu di Gong Tengah, Besut, Terengganu dan merampas 383 batang kayu hutan serta tiga mesin band saw bernilai RM338,300. Empat lelaki berusia 40 hingga 52 tahun gagal mengemukakan dokumen pencukaian kayu dan kes disiasat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 serta Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985.
-
Bekas menteri Jamil Khir direman dua hari lagi kes RCI Tabung Haji
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, disambung reman dua hari bermula esok hingga Selasa oleh Mahkamah Majistret Putrajaya. Penahanan beliau berkaitan siasatan SPRM terhadap isu pajakan hotel di Arab Saudi dan laporan RCI Lembaga Tabung Haji.