Berita Sukan di Ipoh
-
Boling Sarawak hasilkan lebih ramai bakat ke skuad elit negara
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, berkata pembangunan boling di Sarawak menunjukkan perkembangan positif dengan lebih ramai atlet tempatan berpotensi diserap ke skuad elit kebangsaan. Beliau berkata demikian selepas majlis Sarawak International Open Tenpin Bowling Championships (SIOTBC) 2026 di Kuching hari ini, yang menjadi platform pendedahan antarabangsa kepada pemain muda Sarawak.