Berita Jenayah Keganasan di Jalan Ayer Merbau
-
Pemandu ambulans didakwa pandu melulu sebabkan kematian pelajar kolej
Seorang pemandu ambulans swasta, Mohd Noorikhmal Baharuddin, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jasin atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian pelajar kolej berusia 18 tahun, Muhammad Amirul Asyraaf Md Azizan. Kejadian berlaku di lampu isyarat simpang tiga Kampung Ayer Merbau pada 26 Ogos. Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dan menetapkan sebutan semula pada 17 September.