Berita Jenayah & Keselamatan di Jalan Batang Kali Ulu Yam Selangor
-
Penunggang motosikal maut digilis lori di Jalan Batang Kali-Ulu Yam
Seorang penunggang motosikal berusia 60 tahun maut digilis lori di Jalan Batang Kali-Ulu Yam, Hulu Selangor, kira-kira jam 7 malam. Mangsa dipercayai cuba mengelak seorang pejalan kaki yang melintas jalan sebelum hilang kawalan dan terjatuh. Polis menyiasat kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-
Warga asing maut dalam pergaduhan di Rasa, enam ditahan
Seorang lelaki warga asing berusia 40-an maut dalam pergaduhan membabitkan tujuh warga asing di kawasan Rasa, Hulu Selangor, malam tadi. Polis menahan enam suspek berusia 30 hingga 50 tahun dan mereka direman tujuh hari sehingga 16 September; kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.