Berita Jenayah Keganasan di Jalan Pasir Puteh
-
Polis buru lelaki disyaki sepak kanak-kanak di kedai makan Telipot
Polis Kota Bharu membuka kertas siasatan selepas video tular menunjukkan seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan di sebuah kedai makan di Telipot. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan polis masih mengesan lelaki serta kanak-kanak itu.
-
Lelaki 66 tahun maut dipijak gajah di ladang Kuala Krai
Seorang lelaki berusia 66 tahun maut selepas diserang gajah ketika mencari lembu yang hilang di Ladang Lepan Kabu, Kuala Krai, petang semalam. Mangsa, Ghazali Setapa, dipercayai dipijak gajah selepas jaraknya terlalu dekat dengan haiwan itu. Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.