Berita Kebajikan & NGO di Jalan Tengkolok
-
Raja Muda Perlis rasmikan bilik ulang kaji CSR MIDF di MADI
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merasmikan bilik ulang kaji sumbangan CSR bernilai RM98,125 di Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiyah (MADI) di Kangar. Sumbangan itu adalah inisiatif CSR MIDF dengan kerjasama MAIPs, sebahagian daripada lawatan ke beberapa lokasi di Perlis termasuk MATRI, Masjid Sirajuddin Padang Pauh, sebuah rumah di Batu 20 Kok Mak dan Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Seberang Ramai Kuala Perlis.
-
Pertandingan azan, tilawah pertama untuk kanak-kanak Orang Asli Pos Lenjang
Seramai 35 sukarelawan V1M menyantuni masyarakat Orang Asli Semai di Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang pada 31 Ogos hingga 1 September lalu. Buat pertama kali pertandingan azan dan tilawah dianjurkan untuk kanak-kanak dari 18 kampung di kawasan itu, yang turut menerima bakul makanan dan pakaian.