Berita Aktiviti Penguatkuasaan Undang-Undang di Jalan Tengkolok
-
18 motosikal disita, empat ditahan dalam operasi samseng jalanan di Ipoh
Polis daerah Ipoh bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak menjalankan Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Pasir Puteh dekat Station 18, Ipoh, awal pagi tadi. Seramai 18 motosikal disita dan empat individu ditahan kerana menunggang secara melulu, manakala 416 saman trafik dikeluarkan. Operasi melibatkan 66 pegawai dan anggota PDRM serta sukarelawan polis.