Berita Infrastruktur di Kampung Gana
-
Penduduk Ranau bimbang kerja jalan ancam sumber air
Penduduk beberapa kampung di Ranau, Sabah, menuntut pemeriksaan segera terhadap kegiatan pembinaan jalan dan pembersihan tanah yang disyaki di Bukit Hampuan, Batu 4, Jalan Mamut. Mereka bimbang aktiviti itu boleh menjejaskan sumber air graviti dan tadahan Sungai Mansahaban, serta berisiko menyebabkan banjir lumpur dan hakisan.