Berita Aktiviti Penguatkuasaan Undang-Undang di Kampung Pengkalan Pasir
-
PGA tahan lori bawa 10 tan beras seludup di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am menahan sebuah lori bermuatan 10 tan beras dipercayai diseludup dari Thailand di tepi jalan Kampung Banggol Kuin, Pasir Mas, awal pagi tadi. Pemandu warga tempatan berusia 37 tahun gagal mengemukakan dokumen dan beras bernilai kira-kira RM40,000 itu dirampas untuk siasatan di bawah Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994.
-
Lelaki ditahan simpan 434 liter petrol tanpa lesen di Pasir Mas
Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan di Kampung Telaga Mas, Pasir Mas, kerana menyimpan 434 liter petrol tanpa lesen untuk urus niaga tidak sah. KPDN Kelantan menyita petrol, kereta, dan peralatan bernilai RM6,836.18. Suspek direman empat hari sehingga 9 September.