Berita Bencana Alam di Kampung Raja
-
Tanah Rata dilanda banjir kilat selepas tiga jam hujan lebat
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Tanah Rata, Pahang, selepas hampir tiga jam hujan lebat petang ini, menjejaskan lima hingga enam buah rumah di taman perumahan Golden Hills dan berhampiran taman agro teknologi Mardi. Tanah runtuh kecil juga dilaporkan di Jalan Tengkolok. Tiada kecederaan dilaporkan, dan ADUN Ho Chi Yang berkata beliau akan membincangkan bantuan untuk keluarga terjejas serta langkah memastikan longkang dan sungai tidak tersumbat.