Berita Pertahanan & Ketenteraan di Kem Bukit Keteri Perlis
-
Raja Muda Perlis: 1,885 pegawai kadet PALAPES terima tauliah di UniMAP
Seramai 1,885 pegawai kadet PALAPES daripada 20 universiti awam menerima tauliah pada Istiadat Perbarisan Diraja ke-44 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau hari ini. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa pegawai kadet perlu melengkapkan diri dengan ilmu kerana medan pertahanan semakin kompleks, termasuk serangan siber, peperangan hibrid, dron dan AI.
-
Raja Muda Perlis sempurnakan perbarisan ulang tahun ke-46 Rejimen 504 Askar Wataniah
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan Perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-46 Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri. Baginda bertitah bahawa Askar Wataniah kini diiktiraf sebagai aset strategik yang memperkukuh kesiagaan pertahanan negara, dengan kepakaran dalam siber, logistik, perubatan, kejuruteraan dan teknologi bertindak sebagai pengganda kekuatan Tentera Darat Malaysia.
-
Raja Perlis terima menghadap Timbalan Panglima Tentera Darat di Istana Arau
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menerima menghadap Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad di Balai Mengadap Hijau, Istana Arau, semalam. Istana Arau menyatakan pertemuan itu memperkukuh kerjasama keselamatan dan pertahanan antara Institusi Diraja Perlis dengan Tentera Darat Malaysia, selaras kedudukan Perlis sebagai negeri sempadan utara.