Berita Olahraga / Larian di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
-
Atlet kayak UPSI Syahida Asyiqin Olahragawati SUKIPT 2026, cipta rekod kebangsaan
Syahida Asyiqin Rusli dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan sebagai Olahragawati SUKIPT 2026 yang berlangsung di Universiti Malaya. Beliau meraih pingat emas dalam acara TK1 200m wanita dan mencipta rekod kebangsaan baharu dengan catatan 56.30 saat pada pusingan kelayakan.
-
Jonah puas bantu UM raih emas SUKIPT, pecah rekod temasya
Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan, meluahkan kepuasan selepas menyumbang pingat emas untuk Universiti Malaya (UM) pada SUKIPT 2026 di Kuala Lumpur. Jonah memenangi acara lontar peluru dengan catatan 18.22 meter, memecahkan rekod temasya, namun terpaksa berpuas hati dengan perak dalam acara lempar cakera.