Berita Kemalangan & Insiden Keselamatan di Krubong Melaka
-
Pelajar Tingkatan Satu cedera digigit anjing liar di Krubong
Seorang pelajar Tingkatan Satu cedera di kaki selepas digigit seekor anjing liar ketika berbasikal ke sekolah di Krubong, Melaka, pagi semalam. Bapanya berharap pihak berkuasa mengambil serius masalah kumpulan anjing liar yang lama berkeliaran di sekitar Taman Krubong Perdana.
-
Remaja maut, dua cedera dalam kemalangan di Jalan Pedas-Kundur-Linggi
Seorang lelaki berusia 19 tahun maut manakala dua yang lain cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 7.6 Jalan Pedas-Kundur-Linggi, Rembau pada awal pagi tadi. Polis percaya kemalangan itu berpunca daripada kenderaan yang hilang kawalan.