Berita Pencemaran & Bahaya Alam Sekitar di Machang Bubok Penang
-
Pulau Pinang wajibkan ladang babi Kampung Selamat hantar sisa ke loji biogas
Kerajaan Pulau Pinang mewajibkan semua ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor menghantar sisa kumbahan ke loji biogas di Ampang Jajar sejak Mei lalu bagi menangani pencemaran. Pemantauan mingguan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mendapati tiada ladang membuang sisa terus ke parit atau sungai. Kerajaan negeri juga bercadang membersihkan mendapan di parit selepas proses pembersihan sisa lama selesai.