Berita Jenayah Keganasan di Masjid Bandar Baru Senawang Senawang Negeri Sembilan
-
Polis tembak mati dalang sindiket dadah RM2.4 bilion di Seremban
Seorang lelaki yang ditembak mati polis di Seremban, Negeri Sembilan dipercayai dalang utama sindiket pemprosesan dadah bernilai RM2.4 bilion. Sindiket itu menggunakan premis di Bandar Puncak Alam, Selangor sebagai makmal haram dan bahan kimianya diimport dari China melalui Pelabuhan Klang.
-
Pergaduhan di Dengkil luar kedai makan paksa kedai tutup; polis tunggu laporan
Satu pergaduhan membabitkan sekurang-kurangnya tiga lelaki tercetus di hadapan kedai makan di Pekan Dengkil, Sepang, menyebabkan sebuah kedai terpaksa menutup operasinya. Pemilik kedai daging panggang berhampiran cuba menenangkan keadaan. Polis Sepang berkata tiada laporan polis diterima setakat ini.
-
Dua lelaki ditahan di Teluk Kemang atas 12 kes pecah rumah di tiga negeri
Polis menahan dua lelaki tempatan di Teluk Kemang, Port Dickson, bagi membantu siasatan 12 kes pecah rumah di Negeri Sembilan, Kedah dan Perak. Suspek berusia 24 dan 34 tahun itu ditahan pada 3 Sept dan direman hingga 9 Sept.