Berita Hartanah di Melaka Raya Melaka
-
Southern Score menang kontrak RM180 juta bina hospital swasta di Bukit Katil
Southern Score Builders Bhd memperoleh kontrak bernilai RM180 juta untuk kerja pembinaan bangunan utama sebuah hospital swasta di Bukit Katil, Melaka. Kerja bermula 15 Oktober 2026 dan dijangka siap 14 Mei 2028, meliputi hospital tujuh tingkat, tempat letak kereta tiga tingkat dan kemudahan sokongan lain. Kontrak itu adalah transaksi pihak berkaitan kerana pengarah Southern Score mempunyai kepentingan dalam Radium Development Bhd, pemegang saham utama Radium Hospital Ayer Keroh Sdn Bhd.