Berita Amaran Keselamatan Awam di Mile 8
-
Kumpulan kebajikan Bingkor gesa majlis Keningau tangani anjing liar
Sebuah persatuan kebajikan komuniti di Bingkor menggesa Majlis Daerah Keningau dan agensi berkaitan menangani masalah anjing liar yang berkeliaran di pekan Keningau, termasuk memasuki restoran dan kedai makan. Pengerusinya Yazid Mohd Hasnan Tawik berkata masalah itu berlarutan dan menimbulkan risiko kebersihan serta keselamatan, sambil mencadangkan pengenalpastian pemilik, operasi berkala dan saluran aduan yang lebih berkesan.