Berita Kemaskini Cuaca Harian di Numbak
-
Kualiti udara tidak sihat di tiga stesen pemantau di Sabah
Tiga stesen pemantau kualiti udara di Sabah merekodkan bacaan IPU tidak sihat pada petang Isnin, dengan bacaan tertinggi di Politeknik Kota Kinabalu pada 156. Jabatan Alam Sekitar Sabah mengaitkan jerebu itu dengan kebakaran rentas sempadan di Kalimantan dan mengingatkan orang ramai bahawa pembakaran terbuka adalah dilarang.