Berita Keputusan Sektor Awam di Padawan Sarawak
-
Hamzah: 17 kerusi DUN baharu Sarawak tidak ubah komitmen perkhidmatan GPS
ADUN Stakan Datuk Hamzah Brahim berkata cadangan penambahan 17 kerusi DUN baharu Sarawak, termasuk Samarindah, tidak akan mengubah komitmen Gabungan Parti Sarawak untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bomba Komuniti DUN N.17 Stakan di Dewan Perpaduan Stakan, Taman Samarindah, Kota Samarahan, pada 12 September. Suruhanjaya Pilihan Raya memulakan paparan awam cadangan kerusi itu pada 1 September.