Berita Pendidikan di Pantai Air Tawar
-
JANM pilih SK Belimbing sebagai sekolah angkat MADANI 2026
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) memilih Sekolah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah, Kelantan sebagai sekolah angkat di bawah program Sekolah Angkat MADANI 2026. JANM menyediakan 22 unit Smart TV dan lapan unit penghawa dingin yang dipasang secara berperingkat sejak 13 Jun lalu. Program ini membabitkan kerjasama JANM, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah, pihak sekolah dan PIBG.
-
Buta sejak lahir, Muhammad Qayyim genggam ijazah KIAS
Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 28, yang buta sejak lahir, menamatkan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran (Pengurusan) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri. Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023 itu menerima ijazahnya pada Majlis Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-26 di Dewan Johor, KIAS.
-
Bakal cipta rekod MBOR, CXF'26 himpun industri filem & pendidikan di Politeknik Besut
Creative Xperience Festival 2026 (CXF'26) akan berlangsung dari 21 hingga 23 September di Politeknik Besut, Terengganu. Festival ini menyasarkan rekod Malaysia Book of Records untuk projek 'Glow Batik Big Puzzle' dan akan menampilkan pertandingan, peragaan fesyen, dan e-sukan.