Berita Jenayah Keganasan di Pasir Akar
-
Bapa di Besut ditahan disyaki amang seksual dua anak remaja
Seorang bapa berusia 50 tahun ditahan di Pasir Akar, Besut, kira-kira jam 12.40 tengah malam kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap dua anak perempuannya yang berusia 16 dan 17 tahun. Suspek direman mulai hari ini hingga 12 September atas perintah Mahkamah Majistret Besut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.