Berita Pentadbiran Awam di Perdana Hotel Kuala Lumpur City Centre Kuala Lumpur
-
KPPA: Hentikan kesilapan berulang dalam pengurusan sumber manusia sektor awam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyeru agar kesilapan berulang dalam pengurusan sumber manusia sektor awam dihentikan dengan menangani punca sebenar. Beliau berkata demikian pada Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. JPA telah melaksanakan 61 program khidmat rundingan sejak 2024.
-
Hari Terbuka Parlimen tarik 11,280 pengunjung, lampaui sasaran
Hari Terbuka Parlimen dua hari yang bermula semalam menarik 11,280 pengunjung, melebihi sasaran awal 10,000 orang. Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah berkata ia pencapaian terbaik sejak program itu mula dianjurkan pada 2023. Program itu bertujuan merakyatkan Parlimen dengan membuka ruang kepada orang ramai melihat sendiri proses di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.