Berita Pembangunan Pelancongan di Politeknik Kota Kinabalu
-
Borneo Adventure Hunt dilancarkan di Kota Kinabalu, tersenarai finalis global Auggie Awards
Kempen pelancongan digital Borneo Adventure Hunt yang menggabungkan realiti tambahan, gamifikasi dan penerokaan berasaskan lokasi telah dilancarkan di Digital and IoT Sandbox di Kota Kinabalu pada Khamis. Ia dibangunkan oleh Jalin Creative Sdn Bhd dan Reviewbah Sdn Bhd, dan dinamakan sebagai salah satu daripada enam finalis global dalam kategori Best Location-Based Entertainment di Auggie Awards 2026 di Long Beach, California.