Berita Operasi Ketenteraan & Keselamatan di Presint 5 Putrajaya
-
Bapa Kapten Zainol Afiq dedah jasa anak di pedalaman Sarawak
Jenazah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang, Seremban pada petang hari ini. Bapanya, Bee Sham Ahmad, berkata arwah amat disayangi penduduk pedalaman Sarawak kerana komited membawa perkhidmatan kesihatan melalui Perkhidmatan Doktor Udara. Keluarga menyerahkan siasatan punca nahas helikopter itu kepada pihak berkuasa.
-
Rakan, keluarga kenang Kapten Zainol Afiq yang maut nahas helikopter di Long Lellang
Kapten Zainol Afiq Bee Sham, yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak, dikenang sebagai rakan yang baik dan suka menolong. Rakan sekolahnya, Dr Muhammad Fauzan Baharum, menitiskan air mata apabila mengetahui Zainol Afiq terbabit dalam nahas itu. Bapa saudara kepada isteri Allahyarham pula menyifatkan beliau sebagai seorang yang bertanggungjawab dan komited kepada keluarga.
-
Kapten Zainol Afiq dikenang sebagai ikon keluarga
Kapten Zainol Afiq Bee Sham yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak disifatkan sebagai seorang yang suka menolong dan menjadi ikon keluarga. Rakan sekolah dan bapa saudara isterinya berkongsi kenangan di Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban.