Berita Kesihatan di Senawang Negeri Sembilan
-
Dr Fie seru masyarakat hargai petugas KKM
Di Masjid Bandar Baru Senawang, doktor gigi dan pempengaruh Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie menyeru masyarakat menghargai pengorbanan petugas Kementerian Kesihatan yang bertugas jauh dari keluarga, termasuk menaiki helikopter ke kawasan pedalaman. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Miri, Sarawak.