Berita Alam Sekitar di Smk Semop
-
Ribut kencang rosakkan bumbung tiga rumah panjang di Bawang Assan
Ribut kencang dan hujan lebat melanda rumah panjang di Nanga Tutus, Bawang Assan, pagi ini, merosakkan bumbung dan kemudahan serta menjejaskan sembilan keluarga. Bahan binaan untuk membaiki bumbung diserahkan kepada keluarga terlibat selepas ADUN Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh meninjau lokasi bagi menilai kerosakan.
-
Kebakaran hutan di Kampung Kut, Daro 90 peratus dipadamkan
Kebakaran hutan di Kampung Kut, Daro, Sarawak telah memusnahkan 7.9 hektar daripada lapan hektar kawasan. Operasi pemadaman pada hari ketujuh berjaya mengawal kebakaran, dengan baki hanya 0.1 hektar dianggarkan masih terbakar. Operasi melibatkan pelbagai agensi termasuk bomba, polis dan APM.
-
Kebakaran hutan baharu dikesan di Pulau Bruit
Kebakaran hutan baharu dikesan di Jalan Sungai Nai, Pulau Bruit, Sarawak, dengan kawasan terjejas dianggarkan seluas tiga hektar. Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro sedang berusaha memadamkan api, berdepan cabaran cuaca panas, asap tebal, dan kekurangan sumber air.