Seorang pelajar kolej maut selepas jatuh dari tingkat 22 sebuah kondominium di Setapak. Rakaman CCTV menunjukkan mangsa yang berada pada semester pertama pulang ke unitnya pada 7.07 pagi sebelum kejadian.
Peguam yang dilantik oleh keluarga seorang lelaki Malaysia berusia 24 tahun yang dijatuhi hukuman empat tahun penjara di Jepun akan ke negara itu semula untuk menghadiri pendengaran rayuan bagi meminta pengurangan hukuman.
Anak angkat pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, iaitu Umar Nail, 27, mula menunjukkan tindak balas dalam proses rawatan di hospital, susulan kemalangan membabitkan sebuah lori ais di Wangsa Walk, Wangsa Maju di sini, kelmarin.
Dua lelaki menaiki motosikal cuba meragut beg tangan seorang wanita berusia 49 tahun di luar rumahnya di Cheras, tetapi gagal. Namun, mereka berjaya mengoyak gelang emas bernilai RM2,000 dari pergelangan tangannya sebelum melarikan diri. Kejadian itu berlaku di Kuala Lumpur.