Berita Operasi & Aktiviti Sekolah di Taiping Perak
-
SJKC Boon Beng terima RM500,000 untuk blok 12 bilik darjah
SJKC Boon Beng di Nibong Tebal menerima peruntukan khas RM500,000 daripada Perdana Menteri untuk blok bangunan tambahan. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dana itu akan menyokong projek bernilai RM8.6 juta yang akan menempatkan 12 bilik darjah.
-
KPM beri jaminan tiada SJKT ditutup
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan ditutup, sebaliknya kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembangunan, penyelenggaraan serta pengukuhan guru dan murid. Jaminan itu dibuat pada majlis pecah tanah projek pembinaan SJKT Sungai Bakap di Nibong Tebal, Pulau Pinang, yang bernilai RM12.6 juta dan disasarkan siap dalam tempoh 56 minggu.