Berita Program Kerajaan di Taman Samarindah
-
Uggah: Pentadbiran cekap kunci sampaikan dasar Sarawak
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keupayaan kerajaan negeri menyampaikan dasar dan bantuan bergantung pada jentera pentadbiran yang cekap di setiap peringkat. Berucap di Bengkel Jentera Pentadbiran PRN Mambong di Dewan Persatuan Biperoh, Padawan pada 11 September, beliau menggesa masyarakat memanfaatkan kemudahan kerajaan dan menegaskan komitmen Sarawak terhadap haknya di bawah MA63.
-
Timbalan menteri galak belia Sarawak rebut peluang kepimpinan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, menggalakkan belia Sarawak untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan lebih aktif dalam kepimpinan. Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Kemahiran Memimpin Peringkat Negeri Sarawak di Auditorium Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kota Samarahan. Seramai 34 peserta dari institusi pengajian tinggi sekitar Kuching dan Samarahan serta kelab belia menghadiri kursus tersebut.